August 14th, 2020

Berkongsi gambar dirinya dan isteri di laman sosial yang memperlihatkan kemesraan dirinya dan pelakon Lisdawati itu kepada umum, pelakon tampan Fauzi Nawawi seakan mempersoalkan tindakan isterinya yang seolah-olah tidak puas untuk menatap dirinya sepanjang 13 tahun hidup bersama.

Lisdawati Dedah Wanita Kini Suka Pada Suami Orang

Gambar tersebut memaparkan momen romantis mereka dimana isterinya dilihat sedang merenung wajahnya dengan pandangan yang sangat tajam.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah gurauan Fauzi itu disambut oleh Lisdawati yang membalas tiada salahnya untuk beliau sebagai isteri berbuat demikian.

Menurutnya lagi, sebelum wujud wanita lain tampil berbuat demikian, moleklah Lisdawati sahaja yang tampil berkelakuan seperti itu. Hal ini kerana, Lisdawati tidak menafikan bahawa wanita sekarang ramai yang sukakan lelaki yang berstatus suami orang.

Lisdawati Dedah Wanita Kini Suka Pada Suami Orang

Malah tampil menasihati orang ramai supaya tidak melihat mata suaminya apabila berbicara.

Lisdawati Dedah Wanita Kini Suka Pada Suami Orang

“Sebelum orang lain tenung baik saya tenung, perempuan sekarang ni ramai yang suka laki orang.”

Seperti sudah dijangka, selain pengikut mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga, komen balas itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan yang dilontarkan oleh aktres tersebut.

Untuk rekod, Fauzi dan Lisdawati telah selamat mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan romantis ini dikurniakan empat cahaya mata. Juga, menerusi perkahwinan terdahulu, Fauzi turut mempunyai empat lagi orang anak.


2 responses to “Lisdawati Akui Ramai Wanita Kini Suka Pada Suami Orang”

  1. Smartbird says:

    As a fan of Malay drama, I must say this couple are aging gracefully n love their acting especially in “Cemburu Seorang Perempuan” Love to see them acting together as they seemed natural even the cheeky-cheeky part because they’re a good looking couple. it’s such an eye-candy to watch them together or as an individual due to their good looks & great talent.

  2. Anonymous says:

    buwekkk..ko igt laki ko tu hensem sgt ke smpai perempuan lain nk tenung lama2..aku tgk sekali imbas pun rs nak muntah…slalu perempuan y muke pecah je suke tenung lama2 muka laki muka pecah…hahahaha..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...