Linda Rafar Bengang Dengan Layanan Jururawat Di Hospital

Hiburan

Linda Rafar Bengang Dengan Layanan Jururawat Di Hospital

Penyanyi Linda Rafar menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa tidak puas dengan sikap serta layanan dari seorang jururawat yang bertugas di hospital tempat ibu beliau dirawat.

Advertisement

Menurut Linda, jururawat itu bersikap biadap dan kurang ajar hanya kerana beliau meinta untuk menukar cadar di katil ibunya yang terkena najis. Permintaannya itu tidak diendahkan dalam tempoh yang sangat lama.

Isu tersebut sudah menjadi viral serta hangat sejak semalam dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.  Ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama tetapi ada juga yang tidak setuju dengan tindakan Linda memuat naik perkara itu di media sosial. Lebih baik untuk selesaikan secara matang dan membuat laporan mengikut saluran yang betul.

Apa-apa pun, kami harap Linda dan pihak hospital dapat menyelesaikan isu ini dengan baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...