Lima Hari Tayangan, Polis Evo 2 Kutip Lebih RM 10 Juta

Hiburan

Lima Hari Tayangan, Polis Evo 2 Kutip Lebih RM 10 Juta

Filem Polis Evo 2  semakin mendapat sambutan hangat dan telah mencatat kejayaan tersendiri apabila meraih kutipan lebih RM 10 juta selepas lima hari ditayangkan.

Advertisement

Menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen dan Sofi Jikan, filem ini mendapat reaksi yang sangat positif daripada penonton.

Terdahulu, beberapa hari sebelum tayangan rasmi, Polis Evo 2  mencetuskan kontroversi didakwa menampilkan imej umat Islam sebagai pengganas sehingga menjadi viral di media sosial. Tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh seorang ustaz yang hanya menilai keseluruhan jalan cerita berdasarkan trailer rasmi sahaja di YouTube.

Tahniah kami ucapkan kepada semua kru dan pelakon Polis Evo 2 yang berusaha untuk memberikan yang terbaik sehingga berjaya membangkitkan kehangatan filem tempatan. Semoga terus sukses.

Sumber Berita : Instagram Astro Shaw

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...