“Lepastu Mengadu Kerja Banyak” – Ramai Guru Sakan Buat ‘Content’ TikTok, Netizen Tak Jadi Nak Kesian

Kehidupan

“Lepastu Mengadu Kerja Banyak” – Ramai Guru Sakan Buat ‘Content’ TikTok, Netizen Tak Jadi Nak Kesian

Satu hantaran di Twitter hari ini telah mengundang pelbagai respon dan kritikan daripada netizen apabila ia menyentuh mengenai topik para guru dan pendidik yang dilihat semakin aktif membuat ‘content’ di media sosial seperti TikTok.

Seorang individu telah memuat naik tangkap layar dua akaun TikTok petugas kerajaan bergelar guru yang sedang berhibur mengenai anak-anak murid mereka di sekolah.

Advertisement

tiktok twitter cikgu

“Apa pandangan korang dengan cikgu-cikgu yang macam ni?” tulis individu tersebut sambil memasukkan emoji muntah di hujung ayat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan pendidik pada ketika ini lebih cenderung untuk mengabaikan etika profesion masing-masing apabila mereka dilihat lebih aktif di media sosial berbanding mengajar anak murid di sekolah.

Dah lupa etika sebagai seorang guru eh? Apa guna belajar Falsafah Perguruan satu semester kalau tak diamalkan dalam profession perguruan?

Kata netizen lagi, tindakan para guru seperti ini sangat tidak profesional dan membuatkan orang ramai memandang rendah kerjaya seorang guru.

Twitter

Tak layak jadi guru. Guru ramai sangat gila ‘attention’ sekarang’. Malu Tengok. Buat content bodoh dan entah pape. Hilang profesionalisme dan ketokohan guru zaman sekarang. Semua gila publisiti. Tengah mengajar pun sibuk record.

Berikutan itu, warga maya tampil menasihatkan pendidik di luar sana agar lebih bertanggungjawab dan menjadi contoh yang baik kepada anak murid masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cikgu pengsan
3 bulan lalu

"Ada Yang Pengsan" - Anak Cikgu Kongsi 'Sengsara' Ibu Di Sekolah, Dakwa Terlalu Banyak Kerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Vendetta

    August 25, 2022 at 11:57 am

    Aku pun hairan cikgu2 ni dok esmpat buat tiktok ambik video dalam kelas buat content bagai. Mejoriti cikgu muda2. Risau tengok. Nak marah budak pon sempat rakam bagai. Aku yang negok nye pun malu aihh.

  2. Anonymous

    August 24, 2022 at 4:45 pm

    cikgu yang penat tu.. cikgu yang dah lama berkhidmat…
    yang dah berkeluarga.. mmg kesian lah… tak dapat dinafikan kesian tu..

    cikgu “attention seekers” ni.. kawen pun idok lagi…
    entah2 cikgu praktikal je.. mmg banyak lah masa dieorg…
    dan mmg tak patut pun cikgu2 attention seekers ni wujud…
    ni siap cikgu promote apps omi.. sadih betul idup…

    • Anonymous

      August 24, 2022 at 6:01 pm

      setujuuuuu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...