“Lepasni Letak IC Kat Dahi” – Pelanggan Bukan Islam Kena ‘Jeling’ Staf Restoran Ketika Dine-In

Kehidupan

“Lepasni Letak IC Kat Dahi” – Pelanggan Bukan Islam Kena ‘Jeling’ Staf Restoran Ketika Dine-In

Kita kini telahpun hampir di penghujung bulan Ramadan dan majoriti tahu bahawa umat Islam akan dibolehkan makan dan minum apabila tiba waktu berbuka nanti.

Namun, bagi orang yang bukan Islam, tiada larangan untuk mereka makan di dalam restoran mahupun di mana-mana tempat yang mereka mahukan kerana Malaysia mengamalkan prinsip yang bebas beragama dan menghormati ajaran agama lain.

Advertisement

Akan tetapi, oleh kerana majoriti orang Islam di dalam negara ini merupakan orang Melayu, kadangkala orang yang bukan Islam tetapi mempunyai ciri-ciri rupa seperti orang Melayu akan disoal dan dipandang pelik apabila tidak berpuasa.

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @chaen1997, di mana staf premis makanan meragui agamanya kerana rupa Chaen yang seakan-akan Melayu.

Dalam video TikTok itu, Chaen meluahkan rasa kesal kerana dia dijeling oleh staf premis makanan tersebut semasa membuat pesanan. Chaen mengesyaki staf yang bekerja di situ beranggapan bahawa dia beragama Islam.

Oleh kerana itu, pemuda ini memberitahu bahawa dia merupakan orang Siam Kedah dia ruangan komen.

Di ruangan komen juga, ramai yang berseloroh dengan menyuruh pemuda itu meletakkan kad pengenalan di dahi sekiranya ingin makan di mana-mana restoran selepas ini.

Jadi mungkin selepas ini kita jangan mengandaikan agama orang berasaskan rupa paras kerana agama tidak ada kena mengena dengan bangsa sesuatu individu.

Sumber: Harian Metro
2 years ago

(VIDEO) Dah Tak Pakai Plastik Hitam, Restoran 'Rancak' Jual Makanan Kepada Geng Ponteng Puasa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...