Lepas Isu Langgar SOP, Jenama Barang Kemas Popular Dedah Neelofa Bukan Lagi Duta

Hiburan

Lepas Isu Langgar SOP, Jenama Barang Kemas Popular Dedah Neelofa Bukan Lagi Duta

Topik hangat yang diselumbungi pengacara terkenal Neelofa mengenai dirinya melanggar standard operasi prosedur (SOP) tidak berakhir lagi.

neelofa langkawi
3 years ago

"Jelas Telah Melanggar SOP.." - Pihak Polis Siasat Aktiviti Santai Neelofa Dan PU Riz Di Langkawi

Advertisement

Baru-baru ini jenama batu kristal mewah antarabangsa, Swarovski memberitahu di akaun rasmi Twitter mereka bahawa Neelofa dan Swarovski tidak lagi bekerjasama.

Perkara tersebut diberitahu apabila salah satu warganet bertanya mengenai status kolaborasi diantara Neelofa dan Swarovski.

twitter

Salah satu akaun warganet di Twitter bertanya dengan jenama antarabangsa Swarovski mengenai status kolabarasi dengan Neelofa.

Pengguna Twitter @azba95 ulang kicau kesalahan yang dilakukan oleh Neelofa sehingga dikenakan kompaun baru-baru ini, membandingkan situasi tersebut dengan selebriti di Korea Selatan.

Beliau berkata jika Neelofa merupakan selebriti Korea Selatan, isu sebegini mampu membuatkan selebriti disana hilang kolaborasi sebagai duta jenama tersebut.

Tidak berdiam diri, jenama Swarovski turut membalas ciapan tersebut dengan mendedahkan status terkini mereka dengan Neelofa.

Thank you for reaching out. We can confirm that we’re no longer working with Neelofa.

Neelofa merupakan wanita hijab pertama yang menjadi penghias billboard jenama antarabangsa Swarovski sejak 2017, malah busana nikahnya juga dihiasi dengan 5000 butir batu kristal Swarovski.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...