Lelaki Pakai Kopiah Tersengih-Sengih Ketuk Cermin Kereta Buat Wanita Cemas

Kehidupan

Lelaki Pakai Kopiah Tersengih-Sengih Ketuk Cermin Kereta Buat Wanita Cemas

Siapa yang tak terkejut dan berasa takut apabila didekati seseorang lelaki yang tidak dikenali dengan perwatakan yang mencurigakan.

Berikutlah video rakaman oleh seorang wanita yang dikongsikan di akaun Instagram mStar di mana dia didatangi seorang lelaki semasa di dalam kereta.

Advertisement

Dikatakan, wanita yang dikenali sebagai Nurul itu sedang menunggu ketibaan suaminya yang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang.

Sewaktu menunggu, tiba-tiba keretanya didekati seorang lelaki berkopiah mengetuk cermin keretanya.

Mujur pada waktu itu, Nurul sempat mengunci kereta dan lebih bernasib baik lagi cermin keretanya di’tinted’ gelap.

Walaupun begitu, Nurul melihat jelas wajah lelaki itu tersengih-sengih sampil menunjukkan simbol dua seperti meminta RM2.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan nasihat untuk sesiapa yang menunggu di dalam kereta supaya sentiasa mengunci pintu kereta agar perkara buruk dapat dielakkan.

2 years ago

(VIDEO) "Jangan Cari Pasal" - Netizen Puji Polis Tangkas Kejar Penjenayah Lari Dari 'Roadblock'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...