Lelaki Ni Pantang Nampak Perempuan Lain, Terus Terkam Macam Naga – Che Ta

Hiburan

Lelaki Ni Pantang Nampak Perempuan Lain, Terus Terkam Macam Naga – Che Ta

Sebelum ini, pelakon jelita Rozita Che Wan ataupun lebih mesra dengan panggilan Che Ta meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sesetengah wanita yang suka merampas suami orang lain serta sanggup menghancurkan rumah tangga dan hati wanita lain.

Advertisement

Kali ini, menerusi akaun Instagramnya, Che Ta mengkritik pula lelaki yang mempunyai perangai gatal suka pada wanita lain meskipun sudah berstatus seorang suami dan dikurniakan isteri yang cantik.

Apa yang menjadi perhatian ramai dan mencuit hati netizen apabila Che Ta boleh menyamakan lelaki berperangai miang ini seperti seekor naga yang mahu terkam wanita.

Beberapa netizen turut berkongsi pendapat mengenai isu ini. Ramai jugalah yang mengambil kesempatan dengan ‘membawang’ kaum lelaki yang dianggap tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada. Ada juga yang mengatakan sudah fitrah seorang lelaki untuk bersikap sebegitu.

Amboi Che Ta geram dengan siapa la tu agaknya sehingga ibaratkan seperti naga terkam wanita pula. Apa-apa pun, tidak semua lelaki bersikap miang, mereka hanya ‘usha’ sahaja tetapi isteri tercinta masih dalam hati. Heh..Apa pula pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...