Lelaki Mengaku Perkosa Isteri Kawan Sendiri Ketika Sarat Mengandung, Dihukum Penjara 15 Tahun

Kehidupan

Lelaki Mengaku Perkosa Isteri Kawan Sendiri Ketika Sarat Mengandung, Dihukum Penjara 15 Tahun

Sudahlah perbuatan terkutuk, tergamak pula lakukan kepada seorang wanita yang juga merupakan isteri kepada kawan sendiri.

Itulah yang dilaporkan oleh Kosmo, di mana seorang lelaki didapati bersalah merogol isteri rakannya dan dihukum penjara selama 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Melaka.

Advertisement

Lebih teruk lagi, tertuduh berusia 25 tahun itu melakukan perbuatan keji terbabit ketika mangsa sedang sarat hamil 7 bulan.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadapnya selepas dia mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki berkenaan didapati merogol wanita berusia 26 tahun itu di sebuah rumah terletak di Merlimau, Jasin pada jam 4.20 pagi, 21 Januari 2022.

Mangsa yang sedang tidur terkejut apabila didatangi tertuduh yang terus menutup mukanya menggunakan kain putih.

Dia kemudian mengugut mangsa menggunakan pisau dan memaksa wanita berkenaan menanggalkan pakaian sebelum merogolnya.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan tinggal seorang diri di rumah kerana suaminya sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 24 Januari lalu.

8 bulan lalu

"Ada Yang Dah Beranak 2 Kali" - Guru Rogol 13 Pelajar Sehingga Melahirkan Anak Dijatuhi Hukuman Mati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...