Lelaki Mengaku Bersalah Rompak Telefon Bimbit, Rayu Hakim Ringankan Hukuman – “Saya Terdesak Anak Masuk Hospital, Nak Pinjam Tiada Yang Sudi Beri”

Kehidupan

Lelaki Mengaku Bersalah Rompak Telefon Bimbit, Rayu Hakim Ringankan Hukuman – “Saya Terdesak Anak Masuk Hospital, Nak Pinjam Tiada Yang Sudi Beri”

Seorang bapa semalam dalam nada sebak menceritakan mengapa dia mencuri, ketika membuat rayuan di Mahkamah Sesyen semalam sebelum hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya atas kesalahan merompak, bulan lalu.

Tertuduh Engkapi anak Keai, 47, sebelum itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Nariman Badruddin selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Advertisement

Saya buat (rompak) kerana anak kedua masuk hospital, saya tiada pilihan dan terdesak. Saya nak pinjam, tiada yang sudi beri. Saya amat menyesal atas perbuatan dilakukan dan merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadap saya.

Engkapi anak Keai

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak seorang pekerja kontrak di sebuah tapak pembinaan di Mukim Serom, Sungai Mati, Tangkak pada jam 2 pagi, 27 Oktober lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah ke tapak pembinaan terbabit untuk mencari kerja namun tiada kekosongan. Dia kemudian pulang ke rumah dan pada pagi hari kejadian, dia kembali ke lokasi yang sama dan melarikan telefon bimbit milik pekerja kontrak.

tapak pembinaan

Gambar hiasan

Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga dilaporkan sempat menjual telefon bimbit tersebut sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Mati pada hari sama.

Selepas meneliti dan mendengar hujahan serta rayuan kedua-dua pihak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun berkuat kuasa tarikh ditahan, 27 Oktober serta denda RM1,000.

Pada masa sama, mahkamah memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan selama sebulan jika gagal membayar denda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

netizen berang bekas suami jahidah masih bebas
1 month ago

Belasah Sampai Koma & Terbaring, Anak Pula Disahkan OKU... Netizen Bengang Bekas Suami Jahidah Masih Bebas -”Jantan Tak Guna Tu Boleh Kahwin Lain...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...