Lelaki Kurang Upaya Kantoi Curi Pakaian Dalam Pelajar Wanita Di Ampaian, Kelam Kabut Lari Bila Ditegur

Kehidupan

Lelaki Kurang Upaya Kantoi Curi Pakaian Dalam Pelajar Wanita Di Ampaian, Kelam Kabut Lari Bila Ditegur

Seorang lelaki berusia 37 tahun telah ditahan selepas disyaki mencuri pakaian dalam pelajar perempuan di sebuah universiti awam di Kuala Nerus, pada Isnin.

Menurut laporan, suspek yang juga kurang upaya kerana mempunyai masalah pendengaran diatahan sekitar jam 7 malam.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, perbuatannya terbongkar selepas beberapa orang pelajar perempuan telah mengesan kelibat seorang lelaki berlegar-legar di sekitar bangunan asrama siswi.

Mereka kemudian menghubungi pihak polis dan siasatan awam mendapati suspek tidak pernah ada sebarang rekod jenayah lampau. Selain itu, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek juga bebas daripada pengaruh dadah.

Suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dan Seksyen 447 KK kerana menceroboh.”

Advertisement

Video berdurasi 8 saat yang dirakam oleh pelajar perempuan universiti berkenaan menunjukkan seorang lelaki dilihat berlegar di kawasan ampaian asrama wanita dan kini tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

Mangsa gangguan seksual
5 bulan lalu

Wanita Buat Aduan Jadi Mangsa Gangguan Seksual Libatkan Pekerja, Pihak 'Mall' Tak Ambil Serius, Hanya Gelak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...