Lelaki Kongsi Cerita Di Kedai Runcit Dengan Dua Orang Budak

Trending

Lelaki Kongsi Cerita Di Kedai Runcit Dengan Dua Orang Budak

Pernah tak anda ternampak atau berdepan sendiri dengan situasi di mana terdapat seseorang yang tidak cukup duit untuk membayar barang-barang mereka? Mesti ada yang pernah alami atau melihat situasi tersebut betul tak? Tipu lah kalau anda cakap anda tidak pernah lihat situasi ini berlaku.

Sedar ataupun tidak, ia merupakan situasi yang sering berlaku di sekeliling kita. Situasi ini mungkin terjadi apabila seseorang individu itu terlupa amaun duit yang mereka bawa atau mengambil barang yang berlebihan tanpa memeriksa duit yang dibawa terlebih dahulu.

Advertisement

3 years ago

Warga Emas Bagi Duit Kepada Gadis Ini Walaupun Hanya Ada RM2

Kadangkala, ada individu yang melihat situasi tersebut lalu merasa kesian serta ingin menolong membayarkan barangan tersebut namun mereka juga mempunyai duit yang cukup-cukup saja pada masa itu.

Lelaki offer seorang budak untuk dibelanja kerana dia tiada duit, tak sangka budak itu ambil macam-macam lepas di offer

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama macameppuljeni_ yang memaparkan seorang lelaki berkongsi cerita semasa dia sedang berada di kedai runcit dan terserempak dengan dua orang budak.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menceritakan situasi semasa dia berada di sebuah kedai runcit sambil makan aiskrim. Dia menceritakan yang pada ketika itu dia mahu membeli aiskrim sebelum terserempak dengan dua orang budak di kedai runcit tersebut.

Salah seorang daripada budak tersebut mempunyai duit manakala seorang lagi tidak mempunyai duit. Dia hanya memandang rakannya itu membeli barang. Oleh sebab kesian, lelaki itu memberi tawaran kepada budak lelaki tersebut untuk belanja dan memberitahunya untuk ambil apa yang dia mahu.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila budak itu menerima tawaran tersebut dan dengan selambanya mengambil pelbagai barang termasuk roti, air Fanta saiz besar, kacang dan gula-gula.

Situasi itu membuatkan lelaki tersebut terkejut kerana tidak menyangka dia akan mengambil sebanyak itu. Nasib baiklah duitnya pada masa itu cukup untuk membayar kesemua barang tersebut.

“Nasib dia tak ambil telur sepapan hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 512.3 ribu tontonan, 80.5 ribu tanda like dan 1.2 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi yang dialami oleh lelaki tersebut.

Lelaki Kongsi Cerita Di Kedai Runcit Dengan Dua Orang Budak Lelaki Kongsi Cerita Di Kedai Runcit Dengan Dua Orang Budak Lelaki Kongsi Cerita Di Kedai Runcit Dengan Dua Orang Budak Lelaki Kongsi Cerita Di Kedai Runcit Dengan Dua Orang Budak Lelaki Kongsi Cerita Di Kedai Runcit Dengan Dua Orang Budak Lelaki Kongsi Cerita Di Kedai Runcit Dengan Dua Orang Budak

Lelaki Kongsi Cerita Di Kedai Runcit Dengan Dua Orang Budak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang mengatakan pada mulanya mereka merasa kesian kepada budak tersebut tetapi lepas mendengar cerita itu sampai habis, mereka merasa kesian kepada lelaki tersebut pula.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...