Lelaki Didakwa Bunuh Abang Dan Kakak Ipar Ditangkap Polis Ketika Sembunyi Di Genting Highlands

Kehidupan

Lelaki Didakwa Bunuh Abang Dan Kakak Ipar Ditangkap Polis Ketika Sembunyi Di Genting Highlands

Semalam digemparkan dengan kes bunuh satu pasangan suami isteri yang ditemui mati di ruang tamu rumah dipercayai telah dibunuh ahli keluarga sendiri.

Terkini, suspek yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan abang dan kakak iparnya kini berjaya ditahan oleh pihak polis serta telah direman selama tujuh hari.

Advertisement

Memetik laporan Sinar Harian, suspek dikatakan telah ditahan polis di sebuah hotel di Genting Highlands sekitar jam 7.45 malam Khamis lalu.

Selain itu, sebilah kapak dipercayai alat yang digunakan untuk membunuh kedua-dua mangsa turut ditemui bersama suspek.

Sumber : Sinar Harian 

Identiti mangsa dalam kejadian berikut turut telah dikenalpasti iaitu Ng Chuan Hon, 64, dan kakak ipar suspek, Ooi Tin Lu, 59, di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh.

Semasa ditemui, keadaan kedua-dua mangsa berlumuran dengan darah dan mempunyai kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul senjata tajam dan objek tumpul.

Kejadian tersebut difahamkan telah disedari oleh abang mangsa yang berusia 65 tahun setelah pulang dari tempat kerja sekitar jam 8.45 pagi.

Sebelum kejadian itu berlaku, dikatakan suspek yang tinggal bersama pasangan suami isteri itu bertengkar dan telah melarikan diri selepas membunuh kedua-dua mangsa.

Kes berikut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

2 years ago

"Tragis"- Mayat Pasangan Suami Isteri Ditemui Di Ruang Tamu, Dipercayai Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...