Lelaki Berkeras Nak Kahwin Dengan Anak Saudara Sendiri Usia 18 Tahun, Peguam Kongsi Kes ‘Aneh’ – “Tak Ada Cara Lain Ke Puan?

Kehidupan

Lelaki Berkeras Nak Kahwin Dengan Anak Saudara Sendiri Usia 18 Tahun, Peguam Kongsi Kes ‘Aneh’ – “Tak Ada Cara Lain Ke Puan?

Seorang peguam syarie tampil berkongsi cerita serta kes-kes berkenaan perkahwinan aneh dan tidak masuk akal di TikTok.

Menerusi video TikTok itu, peguam berkenaan pernah dipertemukan dengan seorang lelaki yang berkeras untuk bernikah dengan anak saudaranya sendiri.

Advertisement

Lelaki usia 37 tahun bertegas nikahi anak saudara usia 18 tahun

Lelaki berusia 37 tahun itu difahamkan hadir bersama anak saudaranya yang berusia 18 tahun setelah mendapat tentangan mengenai niat mereka untuk berkahwin.

Datang satu pasangan perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 37 tahun minta nasihat dan konsultasi untuk poligami sebab keluarga tak setuju mereka mahu bernikah.

Kami pun terangkan prosedurnya lalu bertanyakan, ‘Kenapa keluarga tak setuju kamu berdua bernikah?’.

Remaja itu pun menjawab, ‘Sebab lelaki ini pakcik (adik kandung mak) saya’. Terkesima sekejap, mungkin mereka tidak tahu, haram bernikah dengan bapa, mak, anak saudara kita!

Malah, remaja perempuan itu tetap mahu meneruskan rancangan berkahwin dengan bapa saudaranya itu.

@hasanahjohari

KISAH PELIK TAPI BENAR | BY HASANAH JOHARI. DISCLAIMER : BUKAN TUJUAN MENGAIBKAN TAPI NAK BERIKAN PENGAJARAN SEBAB SEKARANG RAMAI ENABLERS YANG RASA ELOK SAJA PAK SAUDARA RAPAT DENGAN ANAK SAUDARA TANPA BATASAN. AKIBATNYA ANAK SAUDARA TERSUKA DENGAN PAKCIKNYA SENDIRI SEHINGGA NAK KAHWIN SPT KES INI. HUKUM SYARAK MALAH UNDANG2 TELAH MENETAPKAN PERKARA INI ADALAH HARAM !!! STOP GROOMING CHILDREN!! STOP PEDOFILE BANGSAT!! #nasihatkehidupan #infosyariah #ketahuihakanda #hja @Halim Zaidi @izatirsln @Peguam Syarie Alpha @faraway

? The Sound of Your Fear slowed – Ghost Experiences

Dia kemudiannya bertanya, ‘Ada cara lain ke puan untuk kami bernikah? Sebab kami dah lama rapat, cuma ibu bapa saya tak bagi kami kahwin’. Boleh pula dia tanya macam ni.

Saya pun jawab, ‘Tak ada cara lain! Dah termaktub dalam surah Al-Nisa ayat 23 bahawa haram berkahwin dengan mahram. Itu sumbang mahram namanya’.

Meskipun kisah tersebut pelik dan melanggar hukum agama, peguam shariah itu berkata ia tetap berlaku dalam masyarakat sesama muslim di Malaysia.

Dia juga meminta orang ramai untuk berhenti menjadi penyumbang ataupun ‘enabler’ dalam isu ‘child grooming’ kerana ia dapat menjadi barah dalam masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 weeks ago

"Siapa Nak Jaga Macam Ni? Sedih Sangat Tengok.." - Hisap Vape Magic Mushroom, Remaja Teruk Berhalusinasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...