Lebih Sihat, Lebih Lazat & Lebih Pantas Dengan Ketuhar Panasonic Big Cubie!!!

Hiburan

Lebih Sihat, Lebih Lazat & Lebih Pantas Dengan Ketuhar Panasonic Big Cubie!!!

Anda seorang yang suka memasak? Sentiasa layan video masakan kat YouTube untuk mendapatkan inspirasi? Suka masuk dapur untuk mencuba menu baharu?

Teringin nak berlagak macam MasterChef apabila di dapur? Nak kurangkan masak goreng dan nak masakan yang sihat-sihat je?

Advertisement

Ha, kami ada jawapannya untuk kesemua persoalan ini!!!

fuh tak teringin ke nak berlagak macam juara MasterChef apabila memasak di dapur?

Jeng, jeng, jeng. Memperkenalkan Ketuhar Panasonic Big Cubie baharu: Dinaiktaraf, Lebih Besar dan Lebih Berkuasa.

Ketuhar Panasonic Big Cubie NU–SC300BMPQ

Merupakan sebahagian daripada perkakas memasak Panasonic Cooking yang berslogankan Healthy Everyday, Ketuhar Big Cubie serba baharu ini adalah inovasi terkini Panasonic yang membolehkan anda terasa macam seperti seorang professional apabila berada di dapur. Kalau anda tak berapa pandai memasak pun boleh jadi macam chef hotel 5 bintang apabila menggunakan ketuhar terkini keluaran Panasonic.

Ok jom kita ushar apa yang best sangat dengan ketuhar ini:-

Teknologi Stim Panas Berkuasa Tinggi Melebihi 100?C

Stim Panas Berkuasa Tinggi Melebihi 100°C atau dalam bahasa Inggerisnya “Superheated Steam” adalah melebihi suhu 100 celcius. Ia tidak kelihatan (mempunyai saiz nano) dan tidak berubah menjadi titisan air di udara dengan pantas berbanding stim biasa. Ketuhar Big Cubie ini menggunakan teknologi Stim Panas Berkuasa Tinggi memastikan kesemua masakan adalah sempurna dan:-

LEBIH LAZAT

Dengan Ketuhar Panasonic Cubie Oven ini, kami yakin makanan anda pasti lebih lazat. Contohnya, kalau panggang ayam tu biasanya daging ayam kadangkala akan rasa serba kekeringan. Kalau nak dijelaskan dengan lebih terperinci, molekul air apabila didedahkan pada suhu yang tinggi akan meresap sepenuhnya ke dalam makanan. Jadi, anda pasti tidak akan mengalami masalah isi ayam atau daging yang kering dan liat. Pastinya lebih “juicy” ! Cuba bayangkan anda tengah semangat nak buat open house, makanan tak sedap. Sedih yang amat.

LEBIH SIHAT

Pasti ramai di antara anda suka makan makanan yang digoreng kan? Cuba tukar cara masakan yang menggunakan kuantiti minyak yang kurang atau tanpa minyak. Cakap pasal minyak ni dengan Ketuhar Big Cubie, anda tak perlu guna minyak berlebihan. Itu yang seronok kalau masak dekat rumah ni, kita dapat mengawal jumlah minyak yang digunakan.
Cerita di sebalik teknologi ini sangat mudah. Dengan teknologi Superheated Steam ini, haba akan terus disalurkan pada tengah makanan dan minyak lebih ni yang berkumpul di tengah akan mengalir luar. Jadi makin sihat la makanan anda lepas nie.

LEBIH PANTAS

Dengan teknologi “Superheated Steam” juga jangka masa memasak menggunakan Ketuhar Big Cubie ini akan berkurangan. Cerita pasal masa ni, kepada anda yang ingin memasak jamuan Rumah Terbuka Hari Raya sepanjang bulan, memang masa memasak akan lebih singkat jadi bolehlah anda luangkan lebih masa dengan keluarga tercinta.

Macam-Macam “Style” Masakan

Kalau selama ini masakan anda banyak menggunakan teknik menggoreng, dengan Ketuhar Big Cubie ini anda boleh menyediakan pelbagai jenis “style” masakan yang berbeza setiap hari. Cakap je nak apa? Steam? Grill? Bake? Ferment? Stew? Semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan ketuhar terkini Panasonic ini. Memang anda akan terasa seperti seorang tukang masak professional!!!

Untuk makluman, Ketuhar Big Cubie menyediakan 30 menu pra-program dan 5 kaedah pembersihan untuk penyediaan makanan yang lazat dan mudah setiap masa dengan menekan satu butang sahaja. Bab pembersihan nie memang best sebab pinggan mangkuk, sudu, garfu semua boleh disteril menggunakan fungsi stim di ketuhar ini. Memang makin senang la hidup anda terutamanya kalau anda ini memang gemar memasak.

Antara contoh-contoh masakan yang anda boleh lakukan dengan menggunakan Ketuhar Big Cubie ini ialah ikan stim, pizza homemade, kepak ayam panggang, daging steak, yogurt dan macam-macam lagi. Senang cakap, apa saja yang anda teringin nak cuba masak, kesemuanya boleh direalisasikan dengan ketuhar ini.

Rekaan Premium & Boleh Masak Dengan Kuantiti Banyak

Last but not least, rekaan Ketuhar ini memang memukau. Dengan warna hitamnya, dapur anda akan kelihatan lebih elegan dan menarik. Paling best, anda boleh memasak dengan kuantiti yang besar kerana ketuhar ini menyediakan kapasiti 30L. Senang lah nak buat kenduri lepas nie.

Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian Ketuhar Panasonic Big Cubie ini*, anda boleh dapatkan

– 1 Thermocafe 2 tier Eco Lunch Box
– Buku resipi edisi terhad Panasonic Big Cubie Oven

*selagi stok masih ada

Ha, jadi inilah masa terbaik untuk anda membuat muka manja kepada suami tercinta dan berkata “you nak I masak sedap-sedap tak untuk kita satu family? Belikanlah I Ketuhar Big Cubie nie. I janji I akan masak special untuk you tiap-tiap hari kalau you belikan”. Ia pasti akan menjadi pembelian terbaik buat anda sekeluarga. Tak percaya? Boleh baca maklumat lengkap di SINI

Website Panasonic : https://www.panasonic.com/my/



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...