Setelah lama bergelar janda dan pernah mengatakan belum bersedia untuk bercinta lagi, hubungan yang terjalin antara aktres Fasha Sandha dan Aidil Aziz tidak dinafikan mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas tersebarnya video mereka berpelukan mesra.
Aidil juga dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui sudah bersedia untuk memperisterikan Fasha dan ia membuatkan ramai yang tertanya adakah hubungan mereka sudah ke fasa yang lebih serius. Namun, Fasha nampaknya enggan memberikan komen lanjut dan sebagai wanita agak tidak manis untuk beliau berbicara hal itu, lebih baik Aidil sahaja yang mengulas mengenainya.
Persoalan mengenai hubungan kami, rasanya lebih manis jika Aidil yang ulas. Selagi tiada kepastian, lebih baik saya mengunci mulut. Ada baiknya juga jika persoalan itu ditanyakan terus kepada Aidil. Andai ditanya mengenai bahagia, memang saya sedang gembira. Sejak dulu lagi, saya memang bahagia. Hanya itu yang mampu saya katakan. Maaf sangat, saya tidak mampu ulas lebih mengenai hubungan kami.
Fasha pada masa yang sama memberitahu beliau enggan ambil peduli memikirkan mereka yang membenci dan mengkritik hubungannya dan Aidil. Betul kata Fasha, buat apa hendak tertekan dengan kata-kata orang lain sedangkan mereka tidak berhak mengawal kehidupan kita.