Lebih 2 Juta Tontonan Di Tiktok, Spekulasi Percintaan Noor Nabila & Engku Emran Viral Ke Indonesia

Hiburan

Lebih 2 Juta Tontonan Di Tiktok, Spekulasi Percintaan Noor Nabila & Engku Emran Viral Ke Indonesia

Spekulasi hubungan percintaan Noor Nabila dan Engku Emran mula diperkatakan apabila Engku Emran dilihat hadir mengikuti program usrah yang diadakan di kediaman Noor Nabila bersama keluarganya. Bukan sahaja di Malaysia, khabar angin ini nampaknya sudah mula tular sehingga ke Indonesia. 

Noor Nabila
3 years ago

Hadir Bersama Untuk Sesi Usrah, Noor Nabila Dan Engku Emran Didakwa Sudah Bertunang

Advertisement

Menerusi perkongsian di TikTok, pengguna yang dikenali sebagai adnan_ri memuat naik dua video berkenaan dakwaan percintaan dua figura terkenal ini. Pelbagai respon yang diterima orang ramai tambahan pula dakwaan ini melibatkan bekas suami pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat 2.1 juta tontonan dan ribuan komen. Ramai yang mendoakan kesejahteraan pasangan ini jika dijodohkan bersama.

Noor Nabila walau bagaimanapun tidak mempunyai sebarang komen berkenaan spekulasi hangat ini. 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : adnan_ri

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...