Laugh Factory Saman Harith Iskander 40 Juta, Dakwa Tipu Untuk Menang?

Hiburan

Laugh Factory Saman Harith Iskander 40 Juta, Dakwa Tipu Untuk Menang?

Pihak penganjur pertandingan Funniest Person in the World yang diadakan pada tahun 2016 iaitu Laugh Factory telah memfailkan saman berjumlah 10 juta Australian Dollar ( RM40 juta) terhadap pelawak Harith Iskander.

Advertisement

Ia merupakan tindakan susulan ataupun saman balas selepas Harith baru-baru ini memfailkan saman terhadap pihak tersebut atas dakwaan gagal melunaskan wang kemenangannya berjumlah AS 70,000 (RM280,000) daripada AS 100,000 (RM400,000) selepas menjuarai pertandingan itu.

Laugh Factory dalam saman tersebut menuntut ganti rugi berhubung pelanggaran cap dagangan, penyelewengan rahsia perdagangan, pelanggaran kontrak, persaingan tidak adil dan gangguan disengajakan dengan kelebihan ekonomi calon.

Bukan itu sahaja, pelawak itu dengan isterinya serta rakan kongsi perniagaan telah mencuri harta intelek Laugh Factory dengan pura-pura bertanya tentang kerjasama membawa jenama itu ke Asia. Selain mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah “rakan kongsinya”.

Harith menerusi satu kenyataan menerusi akaun Facebook menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya dan akan menyerahkan kes ini kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Kata Harith, beliau hanya menuntut apa yang sudah dijanjikan kepadanya sebagai pemenang, tidak lebih dan tidak kurang.

Sumber Berita : mStar Online & Harith Iskander

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...