Laudya Cynthia Bella Sudah Hamil?

Hiburan

Laudya Cynthia Bella Sudah Hamil?

Apa sahaja yang dilakukan oleh aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pasti akan menjadi perhatian ramai. Sejak bernikah dengan Engku Emran September lalu, peminat Bella di Malaysia juga semakin bertambah dan ingin mengetahui setiap perkembangan terbaru beliau. Baru-baru ini, ruangan komen di Instagram Bella dipenuhi dengan ucapan tahniah. Eh, tahniah untuk apa pula? Ramai yang mengatakan Bella kini sedang hamil apabila sebuah video yang dimuat naik di Instagram menampakkan bahagian perutnya agak berisi.

Malah, Engku Emran juga seakan memberikan gambaran bahawa beliau bakal menimang cahaya mata lagi menerusi satu “posting” ketika menonton filem bersama anaknya Engku Aleesya. Ia menguatkan lagi dakwaan bahawa bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan itu sedang berbadan dua.

Advertisement

Kami di BeautifulNara mendoakan agar berita ini bukan hanya sekadar spekulasi dan ada rezeki Bella serta Engku Emran untuk menimang cahaya mata bersama. Tentu selepas ini Aleesya akan merasa seronok bakal jadi kakak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...