Laudya Cynthia Bella Nafi Khabar Angin Sudah Hamil

Hiburan

Laudya Cynthia Bella Nafi Khabar Angin Sudah Hamil

Baru-baru ini, pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dikatakan sudah berbadan dua apabila sebuah video menampakkan bahagian perutnya agak besar dimuat naik di akaun Instagramnya. Peminat yang teruja tidak berhenti mengucapkan tahniah kepada Bella serta suaminya, Engku Emran. Walaubagaimanapun, Bella menafikan khabar angin tersebut.

Advertisement

Belum sayang. Mohon doanya ya. Aku belum hamil. Itu kesan angin, mohon doanya.

Meskipun telah menafikan berita tersebut, peminat Bella tetap mendoakan agar pasangan sama cantik sama padan itu segera menimang cahaya mata.

Bella dan Engku Emran sah bergelar suami isteri pada 8 September 2017 dalam sebuah majlis tertutup. Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya.

Sumber Berita : mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...