Lana Nodin Dakwa Norshila Amin Punca Pergaduhan Di Sebuah Ekspo Di Singapura

Hiburan

Lana Nodin Dakwa Norshila Amin Punca Pergaduhan Di Sebuah Ekspo Di Singapura

Minggu lalu, kejadian pergaduhan besar antara selebriti tempatan Lana Nodin dan penyanyi era 80 an Norshila Amin di sebuah ekspo di Singapura cukup hangat diperkatakan. Mana tidaknya, Shila dikatakan mengamuk besar sehingga bertindak menendang sebuah troli di ekspo tersebut dan turut berlakunya pertelingkahan secara lisan juga dengan Lana.

Advertisement

Ingin menjelaskan perkara sebenar, Lana berkata pergaduhan itu berlaku kerana salah faham. Shila menganggap Lana menjaja cerita dan membabitkannya dengan penipuan duit beberapa selebriti yang menyertai bazar di Brunei sebelum ini. Berang dengan tindakan Lana, Shila menunjukkan reaksi kurang senang terhadap beliau termasuk menyindir Lana ketika sama-sama berniaga di Singapura.

Saya tidak mahu campur tangan walaupun bersimpati kerana ia mengaitkan pihak penganjur. Lagipun, penganjur banyak membantu saya dan selebriti lain yang sebelum ini terlebih dulu berniaga di sana. Bagaimanapun, saya tidak faham waktu itu dia sudah menunjukkan rasa kurang senangnya terhadap saya. Sesekali dia menyindir dan turut menjeling.

Saya cuba tidak mempedulikan dia dan pada awalnya keadaan masih terkawal. Namun, dia mula bertindak melampau apabila saya meninggalkan gerai. Setiap kali lalu di hadapan gerai saya, dia akan menyumpah dan ada beberapa kali juga dia menendang troli yang ada berhampiran gerai saya. Mungkin dia ingatkan yang menjaga gerai saya itu adalah pekerja dan dia tidak tahu sebenarnya gadis terbabit itu adalah anak saudara saya. Sudah tentu apabila dia bertindak demikian, anak buah saya akan mengadu dan menceritakan apa yang berlaku.

Lana memberitahu beliau mempunyai bukti bahawa bukan beliau yang membawa mulut menceritakan hal tersebut. Malah, pihak penganjur di Brunei juga sudah bersedia untuk menjadi saksi bagi menjelaskan masalah serta pergaduhan yang ditimbulkan oleh Shila sendiri.

Difahamkan, Shila bakal mengadakan satu sidang media hari ini untuk menjelaskan setiap situasi yang berlaku antara beliau dan Lana. Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada Shila pula.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...