Lan Umum Undur Diri Dari Kumpulan Kristal

Hiburan

Lan Umum Undur Diri Dari Kumpulan Kristal

Vokalis kumpulan Kristal, Lan semalam mengumumkan beliau mengundur diri daripada kumpulan yang dianggotainya itu sejak 18 tahun lepas.  Lan akui beliau terasa hati dengan tindakan anggota kumpulan Kristal yang mahu merehatkannya dan mencari vokalis baru tanpa berbincang dengan Lan terlebih dahulu.

Advertisement

Saya mohon maaf saya tak pernah buat hal dalam industri. Saya rasa sangat sedih dan saya sayangkan band saya, Kristal. Dengan rasminya, depan semua orang…Memang saya mohon untuk undur diri, lebih baik.

Selama ini, Lan tidak pernah kisah ataupun merungut apabila ada anggota kumpulan Kristal yang melakukan projek solo kerana menganggap ia adalah rezeki sampingan mereka. Namun, apabila beliau menyertai Gegar Vaganza 2017 ia menjadi satu isu yang besar pula.

Saya hanya rancang nak buat projek solo, tak pernah ada rasa langsung saya kata nak tinggalkan Kristal. Lagipun itu adalah projek sampingan, saya teringin untuk mencuba benda baru di samping mencari rezeki lebih untuk keluarga bukan bermaksud tinggalkan Kristal. Lagipun bukan saya saja, malah ada juga anggota lain yang buat projek solo. Selama ini saya mendiamkan diri dan tak kisah pun jika menjadi ahli terakhir yang tahu tentang projek solo mereka.

Sebab sebelum ini, kebiasaannya apabila mereka mahu lakukan sesuatu, memang tiada apa-apa perbincangan dan persetujuan secara rasminya. Jadi apabila saya menyuarakan tentang projek solo mengapa saya yang dipersalahkan? Tapi tak mengapalah, kalau saya yang sertai GV4 baru sebulan ini dituduh tunggul dalam satu kenyataan mereka, maka saya dah 18 tahun jadi tunggul dalam Kristal.

Walaupun sebak hendak meninggalkan kumpulan tersebut, Lan bagaimanapun memberitahu keputusan beliau itu adalah muktamad dan tiada sebarang perbincangan lanjut mengenainya akan dibuat. Lan berharap tiga lagi anggota Kristal iaitu Rody, Kechiq dan Acap dapat menghormati keputusannya.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...