Lama Hilangkan Diri Dari Media Sosial, Shuk ‘Kantoi’ Makan Dengan Skandal Lama?

Hiburan

Lama Hilangkan Diri Dari Media Sosial, Shuk ‘Kantoi’ Makan Dengan Skandal Lama?

Pelawak sensasi, Shuk Sahar memang cukup dikenali dengan kisah rumah tangganya yang ‘panas’ dan disebabkan itu, beliau sering dipandang serong oleh orang ramai.

Oleh kerana sudah penat ‘melayan’ drama curang Shuk, isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dikatakan sudah nekad ingin berpisah biarpun banyak kali dipujuk oleh pelawak tersebut.

Advertisement

Lama mendiamkan diri dari dunia media sosial sejak penghujung tahun lalu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang dirakam oleh seorang pemuda yang secara tidak sengaja ternampak Shuk disebuah restoran.

Kelihatan di dalam video terbabit, Shuk bersama seorang wanita yang dipercayai merupakan wanita yang sering kali dikaitkan dengan kontroversi curangnya yang lalu.

Cepat melakukan tindakan, netizen mulai menjengah di laman Instagram wanita terbabit dan mendapati tudung yang dipakai serta baju sama seperti gambar yang pernah di muat naik sebelum ini.

Susulan video yang telah tular itu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran itu mempersoalkan tindakan Shuk yang tetap ingin berlaku curang biarpun ada ‘khabar angin’ yang mengatakan dirinya sudah berbaik dengan isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dulu Dibuang & Dihina, Sekarang Dipuji & Dikutip" - Sera Perli Shuk?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...