Lakukan Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Imam Miliki 3 Pertuduhan Berunsur Seksual

Kehidupan

Lakukan Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Imam Miliki 3 Pertuduhan Berunsur Seksual

Jangan menilai orang dari luaran, itulah yang boleh dikaitkan dengan individu yang bergelar imam ini apabila dia didakwa atas pertuduhan kesalahan seksual termasuk berbogel di depan kanak-kanak perempuan, bulan lalu.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, imam yang berumur 60 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.

Advertisement

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Sumber : Utusan 

Perbuatan itu dikatakan berlaku antara pukul 3.30 hingga 5 petang di sebuah surau di Limbongan pada 28 Mei lalu.

Selain itu, tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan 13 tahun antara pukul 5 hingga 5.30 petang dalam stor surau pada hari yang sama.

Tindakan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun serta sebat.

Pertuduhan ketiga pula menyatakan bahawa tertuduh melakukan amang seksual bukan fizikal dengan berbogel di hadapan mangsa sama berusia 13 tahun di lokasi dan waktu yang sama.

Bagi tindakan berkenaan, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara selama 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Dalam prosiding lain di hadapan Majistret Mazana Sinin, tertuduh juga dikatakan mempunyai video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh Muhammad Mustapa merayu agar diberikan jaminan rendah atas alasan si tertuduh sudah berusia dan mempunyai penyakit gout.

Mahkamah kemudiannya bersetuju untuk membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan RM23,000 dan tarikh 15 Julai untuk sebutan semula keempat-empat pertuduhan.

7 bulan lalu

"Dia Bahasakan Dirinya Abang" - Gadis Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pensyarah Bergelar Ustaz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. brunes

    June 16, 2022 at 9:02 am

    semoga tumpasss penunggang agama ni seramm! kalau bapak mertua si soeb tu apa kes dia eh? jalan ke?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...