September 18th, 2020

Jika sebelum ini, pasangan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose mendapat pujian kerana lakonan mantap mereka dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, kali ini mereka berdua tampil pula dalam filem Jebat, adaptasi daripada drama popular tersebut.

Gandingan dua orang pelakon ini mendapat pujian netizen kerana terserlah keserasian mereka dalam membawa watak Jebat dan Mastura dalam filem tersebut.

View this post on Instagram

Tanpa Mastura, Tiadalah Manja, Tanpa Mastura, Hilanglah Cinta, Tanpa Mastura, Tiadalah Jebat. Terima kasih Baby abang @nelydiasenrose For being THE BEST among the best. 1.3Million and counting, Terima kasih sahabat semua, dan teruskan langganan di astro 480 #jebatmastura #mas #hanamastura #halusss

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

View this post on Instagram

Jom saksikan Official Trailer filem Jebat sebuah filem yang dinantikan tahun 2020 lakonan @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis dan ramai lagi. Filem Jebat bakal menemui anda mulai 3 September ini istimewa hanya di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480. Kalau korang nak ambil mood filem Jebat ni boleh la tengok Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sekarang di gempak.com/video! Nantikan filem Jebat akan datang mulai 3 September ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong @khanmancung @zielajalil @harishue46 . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by @ nelydiasenrose on

Malah, ada netizen meninggalkan komen di ruangan Instagram Sharnaaz dan Nelydia dan menyatakan kedua-duanya seperti pelakon Bolywood terkenal, Shah Rukh Khan dan Kajol. Betul-betul hebat ni!

Filem Jebat yang dibarisi pelakon hebat lain seperti Idris Khan, Carmen Soo, Louisa Chong dan beberapa artis ternama lain boleh mula ditonton mulai 3 September menerusi Astro First di Saluran 480.


5 responses to “Lakonan Mantap Dalam Filem Jebat, Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose Dilabel ‘SRK’ Dan Kajol Malaysia”

  1. pelik pelik says:

    kadang rse best jdi artis. blh blakon smpai tahap mcm tu skli. knon kne ade feel. bru nmpk real. yg suami tak bpluang jdi retis tgk jela bini tu blakon smpai mcm tu skli. keharmonian rumah tgga tu mcm mne ye ble sme2 tgk cter mcm tu

  2. Anonymous says:

    Lebih kuah dari sudu, ntah dimana sweet nya, banyak babak gesel sentuh bukan muhrim, gedik, jalan cerita out, pengarah dan penerbit nak ambil untung besar ke dari film macam ni, nauzubillah min zalik

  3. Anonymousjugak says:

    Serasi pon bini orang tak tau jaga batas…hati suami lum tau mcmna…yg satu tu dah tentu duda ni bini orang pandai2 la nak melentok…apa saja ini pon korang banggakan

  4. Cici says:

    dh lma diorg 2 nih…serasi. abg n baby..

  5. wink wink says:

    best. tp lebh kpd barat. sebijik mat saleh dah hampa 2 ni… brani

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...