Lakonan Azhan Rani Sebagai Ustaz Hamadi Dipuji Netizen, Memang Menjadi!

Hiburan

Lakonan Azhan Rani Sebagai Ustaz Hamadi Dipuji Netizen, Memang Menjadi!

Pastinya penonton setiap kali akan rasa teruja menonton drama Nur 2, bukan sahaja jalan ceritanya penuh emosi, tetapi watak Ustaz Syed Hamadi lakonan Azhan Rani juga antara faktor yang menarik lagi minat penonton.

Advertisement

Ramai  yang terkesan dengan karakter tersebut  sampai ada yang kalau boleh mahu memecahkan televisyen kerana terlalu geram dengan Ustaz Hamadi yang menjadi penunggang agama demi kepentingan dirinya.

Meskipun watak Ustaz Hamadi dikecam teruk, itu bermakna Azhan telah membuktikan bahawa beliau seorang pelakon yang hebat dan berupaya membawakan karakter antagonis itu dengan baik sekali sehingga menimbulkan kemarahan ramai orang. Malah, ada yang mengatakan, Ustaz Hamadi lebih menonjol berbanding watak utama.

Dasyat betul penangan Ustaz Hamadi, memang geram, sakit hati, bengang semua perasaan ada bila lihat watak itu di dalam drama Nur 2. Lakonan Azhan memang ‘hidup’ dan beliau memang harus dipuji. Seorang aktor yang sangat berbakat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...