“Lain Sangat Dari Dulu” – Pakai Gaun ‘Frozen’ Ke Mahkamah, Ramai Sebak Tengok Bella Makin ‘Happy’

Kehidupan

“Lain Sangat Dari Dulu” – Pakai Gaun ‘Frozen’ Ke Mahkamah, Ramai Sebak Tengok Bella Makin ‘Happy’

Sebelum ini, perbicaraan kes dera antara pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dan kanak-kanak kurang upaya, Bella diteruskan apabila saksi pendakwaan ke-17, Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr Wan Asyikin Wan Azlan tampil menyampaikan hujah dan bukti berkaitan.

Hari ini, aktivis Mona Din memaklumkan giliran Bella pula yang akan tampil memberi keterangan di mahkamah selaku saksi terakhir bagi pihak pendakwaraya.

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Bella dilihat hadir ke mahkamah sambil menyarung gaun watak ‘Queen Elsa‘ dalam animasi kartun kesukaannya iaitu ‘Frozen‘.

Menurutnya lagi, hari ini merupakan antara detik termanis yang berlaku sepanjang berjuang untuk mendapatkan keadilan buat Bella.

Malah, aktivis itu turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang memeluk dan mengucup pipi anak syurga berkenaan.

Akhirnya, for the first time setelah lebih setahun berjuang untuk Bella, pada hari yang hujan ini, Allah hadirkan rahmatNya, Bella berada di depan mata.

Dalam pada itu, Mona berkongsi beberapa rakaman video memaparkan keadaan terkini Bella sewaktu menghadiri perbicaraan di mahkamah.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak apabila melihat keadaan terkini Bella yang lebih ceria berbanding sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Benon Siti Bainun rumah bonda
1 year ago

Ditanya Siapa Buat, Bella Sebut ‘Benon’, ‘Panas’ Dan Tunjuk Isyarat Diikat - Pakar Psikiatri HTA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...