“Lain Kali Panggil Orang Yang Ada ‘Telinga’ Jaga Vokal” – Pengarah Muzik Kritik Nyanyian Sumbang Aliff Syukri

Hiburan

“Lain Kali Panggil Orang Yang Ada ‘Telinga’ Jaga Vokal” – Pengarah Muzik Kritik Nyanyian Sumbang Aliff Syukri

Baru-baru ini, usahawan kontroversi, Aliff Syukri telah mengeluarkan satu lagu terbaharunya bersama Baby Shima yang berjudul ‘Baby Sayang”.

Walau bagaimanapun, ramai warganet yang tidak menyukai lagu tersebut kerana suara Aliff Syukri yang dianggap sumbang dan tiada bakat dalam nyanyian.

Advertisement

Perkara itu turut mendapat perhatian seorang pengarah muzik, Datuk Mokhzani Ismail yang juga mengakui bahawa Aliff Syukri mempunyai masalah dalam nyanyian.

Menurut sumber, Mokhzani mendapati sangat sukar untuknya mencari bahagian yang ‘enak’ untuk didengari dalam nyanyian Aliff berbanding Baby Shima.

Sebenarnya pendengar suka mendengar, termasuk saya nak dengar apa yang tak kena. Memang tak kena kerana selalunya juri cari benda yang salah dalam nyanyian, tapi ini nak cari ‘part‘ yang betul pun tak jumpa.”

Mokhzani juga menyifatkan nyanyian Aliff mempunyai terlalu banyak kelemahan dan tidak setanding dengan vokal Baby Shima yang dianggap sempurna.

Memang Baby Shima sempurna tapi sempurna dia terlalu ‘perfect’ untuk Aliff sampai akan dengar dia punya ‘pitching‘ nampak keterlaluan larinya.”

Dalam pada itu, pengarah muzik itu juga sempat menerangkan bahawa menjadi tular atau ‘trending‘ di YouTube bukanlah suatu kayu ukur bagi menentukan kualiti sesebuah lagu.

Namun, dia tidak menafikan nyanyian usahawan itu masih boleh diperbaiki dan terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menjadi lebih baik.

2 years ago

"Takkan Nak Tunggu Saya Mati" - Aliff Syukri Sedih Dikecam, Dakwa Bakat Terpendam Tak Dihargai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...