“Lagi Berbaloi..”- Dimaki Tak Reti Jaga Anak Oleh Majikan, Jururawat Berhenti Kerja Kini Jana Pendapatan 5 Angka

Kehidupan

“Lagi Berbaloi..”- Dimaki Tak Reti Jaga Anak Oleh Majikan, Jururawat Berhenti Kerja Kini Jana Pendapatan 5 Angka

Seorang bekas jururawat yang berhenti akibat dimarahi majikannya kerana tidak pandai menjaga anak kini berjaya menjana pendapatan sehingga RM12,000.

Difahamkan daripada temubual Mstar, Nurul Fadzilah Mazlan menyatakan bahawa dia mula berkhidmat di hospital kerajaan pada Februari lalu selepas habis berpantang.

Advertisement

Namun, apa yang terjadi, Aulia Inara, anak sulungnya disahkan positif Covid-19 pada hujung bulan Februari serta kerap demam dan menghidapi jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada bulan Mac.

Setelah menjaga anak sulungnya sehinga sihat, anak keduanya pula, Alisya Izara dimasukkan ke hospital yang menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana perlu menjaga kedua-dua anaknya yang sakit silih berganti.

Nurse Jana Pendapatan 5 Angka Lepas Berhenti Kerja

Perkara ni telah membangkitkan isu di mana majikannya membuat panggilan untuk memberitahu bahawa cuti tahunannya sudah habis dan kredibilitinya sebagai jururawat dipersoalkan kerana kedua anak-anaknya sakit pada waktu yang terdekat.

Awak nurse, tak kan tak tahu nak jaga anak

Sejurus panggilan tamat, dia terus dapatkan surat doktor dan minta cuti separuh gaji selepas anaknya discharge.

Lebih mengejutkan, majikannya langsung tidak memandangnya semasa menandatangani surat permohonan cuti separuh gaji.

@eylaamazlan

? suara asli – semangat yuk

Tidak tahan dengan sikap majikannya yang tidak memahami, Nurul Fadzilah membuat keputusan untuk berhenti dalam tempoh 24 jam walaupun dia perlu membayar semula gaji selama sebulan.

Nurse Jana Pendapatan 5 Angka Lepas Berhenti Kerja

Tindakan beraninya ini bukan saja mendapat sokongan daripada ahli keluarga, malah daripada ketua jururawatnya yang mana dia diberi kata-kata semangat serta digalakkan untuk melakukan yang terbaik pada masa depan.

Kini, Nurul Fadzillah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM12,000 hasil daripada usahanya melalukan bisnes.

Sekadar info, Nurul Fadzilah juga pernah melibatkan diri sebagai pasukan barisan hadapan dalam menghentikan penularan wabak Covid-19.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

kancil
2 years ago

"Kenapa Ajar Benda Bahaya Dekat Anak?" - Tular Video Budak 10 Tahun 'Drive' Kereta Ke Sekolah

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...