“Kutuk Ciptaan Allah Tiadakah Rasa Takut Dalam Hati”, Nora Danish Luah Perasaan Anak Jadi Mangsa Kutukan

Hiburan

“Kutuk Ciptaan Allah Tiadakah Rasa Takut Dalam Hati”, Nora Danish Luah Perasaan Anak Jadi Mangsa Kutukan

Hati ibu mana yang tidak terluka, tidak sedih, tidak menangis apabila anak kesayangan sering menjadi mangsa kutukan orang ramai. Seringkali berkongsi gambar bersama anaknya hasil perkahwinan dengan Nedim Nazri, ada segelintir pihak yang tidak putus-putus melemparkan kata-kata nista kepada Mohamed Neqayl Nedim yang tidak tahu apa-apa. Kutukan yang dilemparkan pula bukan calang-calang kerana ia berkaitan dengan paras rupa bayi tersebut.

anak nora danish
Tidak dapat menahan emosinya lagi, Nora Danish telah meluahkan perasaan terhadap perbuatan mereka yang mengutuk anaknya. Ternyata Nora memang emosi kerana sikap mem”bawang” segelintir pihak ini. Panjang lebar Nora meluahkan emosinya. Semoga luahan ini mendapat perhatian pihak terbabit sekaligus dapat menghentikan perbuatan hina itu.

Advertisement

anak nora danish
Antara kata-kata Nora Danish:-

Malam yang sangat emosi. Sebab terkilan. Anak saya ini bukan anak Mat Salleh yang harus nampak sempurna. Semua manusia dalam dunia ini ada keistimewaan masing-masing. Nak kutuk ke, membawang ke, kutuk lah benda lain. Kutuk ciptaan Allah tiadakah rasa takut dalam hati? Apalah salah Ney Ney pada kalian?

Tak semestinya public figure ini hati kering. Kami juga ada perasaan. Sebenarnya kami yang lebih emosional dan sensitif sebab kami ini orang seni. Sebab itu boleh jadi pelakon.

Kalau kita ada buat salah, tegur. Tak perlu membawang (buat gosip) tanpa sebab. Cuba membawang pada keluarga sendiri, tengok apa diorang rasa?

Kepada yang 10 peratus berhati hitam itu, saya doakan semoga Allah beri hidayah pada mereka. Bukakan hati mereka supaya jadi bersih dan putih bersinar kembali. Yang sentiasa memuji, Alhamdulillah syukur, saya doakan semoga anda mendapat pahala yang banyak kerana membahagiakan kami yang teraniaya

anak nora danish

anak nora danish

Kalau bayi kecil secomel  Mohamed Neqayl Nedim ini pun boleh menjadi mangsa kutukan sesetengah pihak, memang Abang Nara tak boleh bayangkan betapa kotornya hati pihak itu. Mana ada manusia di dalam pemikiran yang betul sanggup mencerca bayi yang tak berdosa. Hanya orang yang otak tak berapa betul dan hati yang sudah terlampau gelap sahaja mampu berbuat demikian. Apa pun semoga Nora tabah dengan dugaan ini. Jangan dilayan cercaan diorang ini. Kadangkala memang ada sesetengah pihak sengaja nak sakitkan hati kita. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...