“Kurang Ajar Punya Manusia” – Gurau Tak Bertempat, Lelaki Masukkan Gigi Palsu Dalam ‘Dessert’ Kawan

Kehidupan

“Kurang Ajar Punya Manusia” – Gurau Tak Bertempat, Lelaki Masukkan Gigi Palsu Dalam ‘Dessert’ Kawan

Kata orang, gurau tu biarlah bertempat. Sama seperti situasi ini di mana seorang lelaki dikecam selepas ‘pedajal’ rakannya ketika makan di sebuah kedai.

Menerusi sebuah video dimuat naik di Facebook, lelaki tersebut telah menyuruh rakannya pergi ke kaunter untuk meminta tisu.

Advertisement

Sebaik sahaja bangun, lelaki itu dengan pantas membuka gigi palsunya dan memasukkan sebelum ‘mengacau’ sebati ke dalam minuman rakannya.

Menikmati minuman itu seperti biasa, rakannya kemudian menjumpai gigi palsu tersebut membuatkannya terus berhenti menghirup.

Meskipun rakannya tergelak dan tidak memarahinya selepas mendapat tahu, namun ramai netizen berasa kembang tekak dan menyifatkan tindakannya itu pengotor, melampau dan kurang ajar.

Menurut mereka, gurauan sebegitu tidak sensitif dan keterlaluan kerana membabitkan makanan serta kebersihan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook tidak suka dengan cara lelaki tersebut ‘prank’ rakannya.

Kata mereka, dia cukup beruntung kerana mempunyai rakan yang sabar atau jika tidak, sudah tentu situasi sebegitu akan menimbulkan pergaduhan besar.

Gelinya tengok. Tergamak dia buat ‘prank’ macam tu, memang kotor sungguh. Cuba kalau kawan dia buat macam tu, marah tak agak agak?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

kl
2 years ago

(VIDEO) "Kembang Tekak Tengok" - Netizen Geli Tengok Restoran Popular Di KL Kotor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...