“Kulit Rasa Dihiris, Bergeser Dengan Baju Seksa Ya Amat” – Asyik Hilang Dari Ampaian, Wanita Disihir Melalui ‘Spender’ Yang Dicuri

Kehidupan

“Kulit Rasa Dihiris, Bergeser Dengan Baju Seksa Ya Amat” – Asyik Hilang Dari Ampaian, Wanita Disihir Melalui ‘Spender’ Yang Dicuri

Selalu kita dengar pasal pakaian dalam wanita hilang dicuri oleh individu yang pervert tetapi cerita kali ini lebih menakutkan dan boleh dijadikan peringatan untuk semua.

Sebuah video tular di TikTok memaparkan seorang wanita sedang menerima rawatan Islam selepas menderita sakit misteri akibat disihir.

Advertisement

Menerusi video tersebut, wanita itu dikatakan telah disihir dan individu yang tergamak berbuat begitu telah menggunakan seluar dalam yang dicuri di ampaian.

Difahamkan, wanita itu menyedari seluar dalamnya yang dijemur hilang dan kejadian tersebut berlaku dua kali namun dia tidak mengendahkannya.

Rumah kampung, belakang rumah lapang tak ada orang lalu lalang. Ingatkan selamat.

sidai spender

Namun, dia kemudian kerap bermimpi tentang seluar dalam dan juga ternampak gambarnya dipuja-puja sebelum terjaga dari tidur dalam keadaan terperanjat dan jantung berdegup laju.

Selepas kejadian kehilangan seluar dalam itu, wanita berkenaan mula mengalami sakit misteri di mana kulitnya berasa sakit ibarat dihiris.

Kulit tak boleh disentuh. Bergeser dengan baju pun seksa yang amat amat.

Mangsa juga turut mendakwa menjumpai tanah kubur di depan pagar rumah dan mendedahkan dia sebenarnya disihir kerana perebutan harta tanah pusaka.

@hasnanrili SIHIR GUNA SPENDER #rawatanislamnegerisembilan #rawatanarsyifa #rawatanislamalmustakim #hasnanrili #santau ? suara asli – Inocent.24 – Inocent Purwanto

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...