Kuda Kesayangan Faizal Tahir Mati, Peminat Luah Rasa Simpati Dan Ucap Takziah

Hiburan

Kuda Kesayangan Faizal Tahir Mati, Peminat Luah Rasa Simpati Dan Ucap Takziah

Rasanya semua peminat sedia maklum mengenai minat penyanyi Faizal Tahir terhadap hobi menunggang kuda. Malah, penyanyi lagu Gemuruh itu juga memiliki seekor kuda peliharaan peribadi.

Kuda Faizal TahirSumber : Instagram Faizal Tahir  

Namun, pagi ini sebuah berita duka diumumkan penyanyi itu apabila kuda kesayangannya itu telah mati dan disahkan tidak lagi bernyawa.

Advertisement

Dia dilihat telah mengumumkan mengenai perkara itu menerusi akaun Instagramnnya untuk pengetahuan peminat.

Menurut Faizal Tahir, dia mengetahui mengenai pemergian kudanya itu sekitar waktu subuh pada hari ini.

View this post on Instagram

A post shared by FT (@faizal_tahir)

“Azan subuh membawa berita yang tak diduga. You’re such a good girl. We will miss you. I will see you soon with your new wings. Insha’Allah. Allah knows best. Jazakallah khair kepada semua sahabat-sahabat yang membantu. Syurga untuk kalian. Amin.”

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial Faizal Tahir tampil mengucapkan takziah dan turut berkongsikan pengalaman masing-masing mengenai kehilangan haiwan kesayangan.

View this post on Instagram

A post shared by FT (@faizal_tahir)

Terdahulu, Faizal Tahir telah membeli seekor kuda sekitar tahun lalu kerana terbit minat yang mendalam dalam sukan berkuda. Sering memuat naik video dan foto bersama haiwan kesayangannya itu, Faizal juga sering membawa anak-anaknya meluangkan masa bersama kuda yang diberi nama Jibril itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...