“Kuat Iman Suami Dia” – 6 Tahun Berumah Tangga, Wanita Tak Pernah ‘Tidur’ Dengan Suami, Rupa-Rupanya..

Kehidupan

“Kuat Iman Suami Dia” – 6 Tahun Berumah Tangga, Wanita Tak Pernah ‘Tidur’ Dengan Suami, Rupa-Rupanya..

Setelah sah mendirikan rumah tangga dan bergelar suami isteri, menjalankan tanggungjawab dari segi zahir serta batin adalah perlu buat kedua-dua belah pihak.

Lebih-lebih lagi bagi seseorang yang bergelar ‘isteri’ kerana tugasnya perlu melayani pasangan dengan baik, namun ia merupakan tugasan yang ‘sukar’ buat seorang wanita ini.

Advertisement

Biarpun sudah 6 tahun mendirikan rumah tangga bersama pasangan, seorang wanita ini mengakui dirinya tidak pernah sekali bersama dengan suami tercinta.

Kisah yang dikongsikan oleh doktor pakar di platform TikTok itu, wanita tersebut menangis kerana berjaya dirawati setelah menjalani beberapa sesi rawatan bersama doktor terbabit.

Masalah kesihatan yang dihadapi dipanggil sebagai ‘Vaginismus‘ iaitu apabila si isteri berasa tidak selesa serta perit semasa melakukan hubungan kelamin bersama suami dan ia juga membuatkan otot di sekitar ‘Miss V’ menjadi ketat sehingga tubuh wanita berasa seolah-olah dirobek dan kejang.

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata netizen akui kurang pengetahuan mengenai masalah kesihatan ini dan tidak menyangka ia merupakan hal yang serius sehingga boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

Komen TikTokSumber : TikTok 

Zarina Anjoulie
2 years ago

Dihentam Hebat Netizen, Zarina Anjoulie Beri Alasan Paling 'Logik' Kenapa Sedut Lemak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kisah Dunia

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...