Kru Drama Angkara Cinta Rosakkan Tapak Bersejarah Negara, Michael Ang Janji Cari Siapa Pelaku

Hiburan

Kru Drama Angkara Cinta Rosakkan Tapak Bersejarah Negara, Michael Ang Janji Cari Siapa Pelaku

Semalam, kecoh di media sosial apabila ada netizen telah mendakwa produksi serta kru drama popular Angkara Cinta telah melakukan kerosakan pada dinding sebuah gua semasa penggambaran drama itu berlangsung.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Menurut individu itu lagi, kru penggambaran drama itu juga telah memasuki gua yang merupakan tapak bersejarah itu tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Michael Ang selaku pengarah drama tersebut walau bagaimanapun tampil menafikan mengenai dakwaan telah menjalankan penggambaran tanpa permit kebenaran seperti yang dikatakan oleh individu tersebut.

Namun, dia mengakui berasa kesal dengan insiden berkenaan mengenai tindakan ‘vandalisme’ dan sedang mengesan individu yang melakukan perkara tidak bertanggunjawab itu.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Advertisement

“Berhubung insiden di Gua Mat Surat, Ipoh. Saya ingin memaklumkan bahawa kami ada menerima kebenaran daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjalankan penggambaran. Mengenai lukisan grafiti itu, kami kesal kerana salah seorang kru telah melakukannya. Kita sedang menyiasat dan mencari individu berkenaan..kami akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung isu ini.”

Michael dilihat tampil membuat kenyataan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada hari Jumaat lalu.

Facebook MegatSumber : Facebook Megat Mohd Shahrin  
TwitterSumber : Twitter  

Tambah individu itu lagi, kru produksi juga telah membuang sampah merata-rata selain berkongsi beberapa keping foto kerosakan di tempat bersejarah itu termasuklah ukiran tajuk drama Angkara Cinta yang diconteng di dinding gua.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Sekadar info, drama Angkara Cinta yang kini ditayangkan di saluran Astro Prima dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Wanna Ali, Meerqeen, Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Ashar Amir, Alif Muhaimin dan Nina Juren.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...