Kristal Dan Estranged Tersingkir, Ebi Dahului Undian Mania

Hiburan

Kristal Dan Estranged Tersingkir, Ebi Dahului Undian Mania

Sabtu lalu menyaksikan rakyat Malaysia membuat keputusan untuk menyingkirkan kedua-dua peserta berkumpulan iaitu Estranged dan Kristal daripada Mania. Keputusan ini tidak mengejutkan kerana sebelum bermulanya konsert, kedudukan Kristal dan Estranged sememangnya berada di antara tangga terbawah. Kini tiada lagi peserta berkumpulan yang akan bertarung di atas pentas Mania.

mania

Advertisement

Apa pun keputusan undian selepas konsert Mania agak mengejutkan apabila Ebi mendahului dengan peratusan undian sebanyak 13%. Berikut ialah kedudukan para peserta Mania di hari Sabtu lalu:-

1. EBI – 13%
2. JACLYN VICTOR – 12%
3. HAZAMA – 10%
4. HAFIZ – 10%
5. STACY – 9%
6. SHILA AMZAH – 9%
7. ADIRA – 9%
8. ALYAH – 9%
9. ARIL – 7%
10. ESTRANGED – 6%
11. KRISTAL – 6%

Bagi Abang Nara, persembahan Stacy dan Cliff Umar dengan lagu Total Eclipse of The Heart ialah persembahan terbaik. Meremang sedikit bulu roma Abang Nara mendengar kehebatan paduan dua suara ini. Untuk makluman, hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi sebelum konsert final Mania akan berlangsung. Rasa-rasa siapakah yang akan bertarung di final untuk merebut gelaran Bintang Mania? Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...