Kos Sewaan Jimat RM2.80, Kenderaan Menteri Ditukar Dari Proton Perdana Ke Vellfire

Berita

Kos Sewaan Jimat RM2.80, Kenderaan Menteri Ditukar Dari Proton Perdana Ke Vellfire

Semalam, Kementerian Kewangan ada mengumumkan mengenai pertukaran kenderaan rasmi yang digunakan Menteri-Menteri Persekutuan yang dahulunya mengguna pakai Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire 2.5L.

Hakim
2 years ago

Kenapa Tertuduh Dalam Kes Buli Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati? Ini Jawapannya

Advertisement

Perkara tersebut telah dihebahkan Kementerian Kewangan menerusi saluran media sosial di mana pertukaran tersebut dilakukan setelah mengambil kira kos sewaan Toyota Vellfire adalah lebih rendah berbanding Proton Perdana.

Kementerian KewanganSumber : Twitter Ministry Of Finance  

Menerusi kenyataan itu, kadar sewaan untuk Vellfire adalah sebanyak RM4,851.61 sebulan berbanding RM4,854.41 untuk kereta jenama tempatan tersebut.

Cadangan penggantian kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya telah dipertimbankan semasa pentadbiran Kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.

Perkara tersebut turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin melalui soalan lisannya di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Sim dilaporkan telah mempersoal Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengenai kos penyediaan Vellfire sebagai kereta rasmi sejak Mac 2020 dan kos bulanan pajakan kenderaan mewah itu daripada syarikat konsesi, Spanco.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...