Kontroversi Fazlina Tampar Aiman Tino Tidak Patut Timbul, Dia Hanya Ikut Skrip – Ogy Ahmad Daud

Hiburan

Kontroversi Fazlina Tampar Aiman Tino Tidak Patut Timbul, Dia Hanya Ikut Skrip – Ogy Ahmad Daud

Viral sebelum ini apabila penyanyi Aiman Tino didakwa telah ditampar oleh seorang pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud ketika di set penggambaran drama bersiri popular Mak Cun musik ke 4. Ia menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah pihak pengurusan Aiman yang dikatakan mahu mengambil tindakan terhadap Fazlina.

Advertisement

Turut terkesan dan kecewa dengan berita ini, kakak kepada Fazlina iaitu Ogy Ahmad Daud tampil mempertahankan tindakan adiknya itu. Menurut Ogy, Fazlina tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya memenuhi tuntutan skrip.

Apabila mendapat tahu mengenai insiden itu di laman YouTube, saya terus bertanya kepada Baby, apa yang cuba dilakukannya? Setahu saya, dia bukan guru lakonan dan perbuatannya itu boleh memalukan arwah emak dan ayah.

Baby, bagaimanapun menafikan perkara itu. Dia memberitahu babak melempang itu bukan dilakukan sekuat hati seperti yang digembar-gemburkan. Dia sebaliknya, hanya menolak pipi Aiman dengan jari.

Ogy turut bertemu dengan penerbit dan pengarah drama Mak Cun iaitu Erma Fatima bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Menurut Erma, Fazlina tidak mempunyai sebarang niat untuk bersikap diluar kawalan tetapi cuma ingin melahirkan mood sedih agar Aiman dapat menghayati babak yang perlu beliau lakonkan.

Terdahulu, Fazlina menerima kecaman teruk daripada netizen yang menganggap perbuatan beliau itu tidak wajar. Namun, Aiman ada juga memberitahu beliau tidak kisah ditampar demi “menghidupkan” lagi lakonannya itu. Malah, kedua-duanya telah berpelukan dan memohon maaf setelah selesai penggambaran babak berkenaan.

Sumber Berita : BH ONLINE & HARIAN METRO

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...