Gara-gara insiden jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap wajah dan warna kulit orang lain ketika siaran secara langsung GV5, syarikat penyiaran terkenal Astro telah diberi amaran oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan kandungan slot promosi produk jutawan kosmetik itu.
SKMM memaklumkan pihak mereka memandang serius akan isu tersebut dan telah menjalankan siasatan atas aduan orang ramai agar perkara seperti itu tidak berulang lagi.
Terdahulu, Aliff mempromosikan produk pemutih kulitnya dengan melabelkan seorang wanita hodoh dan mempunyai wajah seperti bomoh. Bukan itu sahaja, beliau juga mempersenda warna kulit penyanyi berbanga India, Santesh Kumar.