Written by Bella | October 26th, 2019

Kontroversi putus tunang pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman sehingga hari ini masih menjadi tanda-tanya. Apakah punca sebenar pasangan yang sebelum ini begitu mesra bersama tiba-tiba bertindak memutuskan hubungan mereka. Pelbagai spekulasi liar timbul termasuklah dakwaan Syafie mengasari bekas tunangnya.

syafie naswip

Baru-baru ini, dakwaan terhadap kes ugut dan mendatangkan kecederaan terhadap Aishah berakhir apabila pihak pihak pendakwa raya membuat keputusan kes tersebut Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi dan terbukti Syafie tidak bersalah.

Terbaru, kecoh pendedahan oleh pengurus Syafie iaitu Badrul Hisham mengenai apa sebenarnya yang terjadi sebelum pasangan itu putus tunang. Ia juga bagi menjawab tuduhan Aishah yang mengatakan Syafie menjalinkan hubungan songsang.

syafie naswip aishah azman

Aishah cemburu hubungan akrab

Syafie dan adik angkat

syafie naswip aishah azman

Masalah mula timbul apabila Aishah cemburu dengan hubungan akrab Syafie dengan adik angkatnya, Sapawi Johnson. Malah, aktres itu dan dua ahli keluarganya dikatakan pernah menumpang di rumah Syafie hampir sebulan lamanya atas sebab ingin melarikan diri.

Bukan itu sahaja, Aishah juga didakwa cuba untuk menyingkirkan adik angkat Syafie dari rumah.

syafie naswip aishah azman syafie naswip aishah azman syafie naswip aishah azman syafie naswip aishah azman

Terkejut bagaimana wartawan boleh

tahu dan laporkan kes Syafie pukul

bekas tunang

syafie naswip aishah azman syafie naswip aishah azman Terdahulu, pada 26 Jun lalu, Aishah dalam laporannya mendakwa Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan dan berlaku pertengkaran di dalam kereta aktor terbabit. Malah, Syafie turut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat  dan memukul bekas tunangnya itu. Akibat insiden tersebut, akhirnya ikatan pertunangan mereka terputus pada 21 Julai lalu.

Sumber Berita : mStar Online & Badrul Hisham

15 responses to Konon Burukkan Bekas Tunang, Pengurus Syafie Naswip Dedah Perangai Sebenar Aishah Azman?

  1. Leylla Elskens says:

    Andai itu fitnah, masyaAllah kesian pd yg teraniaya..semoga tabah..kebenaran pasti akan terbongkar!

  2. Maii says:

    Mmg keluarga ni jahat..sama modus operandi buat ke eina azman dulu ..

  3. minah jambu say NO to drugs says:

    dh putus suda jangan nak cakap ladi perkara yg dh berlaku n jangan buang masa..pandang ke hadapan n jangan toleh kebelakang lagi is over ok.move on kerja kerja kerja untok masa depan

  4. Sue says:

    Harap kedua2 pihak move on. Ayie & keluarga, alhamdulillah. Sujud syukur. Moga Ayie & keluarga terus dirahmati & dilindungi Allah. Bykkan baca surah2 yg boleh jauhkan malapetaka & yg boleh mempermudahkan semua urusan.

  5. Anonymous says:

    Bila ternampak dia bergambar dengan abang dia baru teringat pasal abang dia dengan Eina Azman tu..Semua pun menuding pada Eina sebab mak dia ngata bukan bukan pada Eina masa tu

  6. Anonymous says:

    I bukan pakar tapi in this case syafie boleh counter saman aishah ke? Saman for false police report & saman malu since he is a known celebrity.

  7. Anonymous says:

    kalau memfitnah, tukang report tu diamek tindakan ape2 ke?

  8. Anonymous says:

    Aku nak tau cerita tapi panjang sgt la kau tulis. Lelaki pun ada jenis yg tulis panjang2 ke?

  9. Anonymous says:

    orang tu nak explain mmg la tulis panjang2 nk bg faham.. kang dia lukis, ko tak faham pulak apa dia nak sampaikan

  10. Anonymous says:

    Hahahaha..yg ni kelakar

  11. Kobes Bunga says:

    dulu ngan eina azman pon abg dia ‘play victim’

  12. Damai says:

    Mmg boleh, tapi kalau aku, aku cuma akan doa agar org yg fitnah aku sebegini akan alami apa yg aku lalui lagi buruk dari apa yg dia fitnah kita, kerana doa org teraniaya dan mmg org yg teraniaya mmg seorg yg jg ibadah, hormat dan sayang ke2org tua, dan hormat org sekeliling, Allah akan makbulkan doa org itu, insyaallah

  13. nyonyakepoh says:

    abang sape?

  14. hihuha says:

    ko xnk baca ko punya pasal lah!

  15. Anonymous says:

    Kelakar sangat..ha ha ha..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini