Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kongsi Pengalaman Dikafankan, Adam Corrie Rasa Seperti Dijemput Malaikat Maut

Adam Corrie yang telah lama memeluk Islam sebelum ini telah tampil berkongsi pengalaman dikafankan sebelum waktunya. Menurut pelakon ini, ianya sangat mengerikan dan juga menginsafkan buat mereka yang berpeluang merasai pengalaman ini.

Walaupun sekadar hiburan dan hanya untuk lakonan,namun buat dirinya, ianya seperti benar terjadi dan terasa seperti malaikat maut sedang menjemput pulang ke tempat yang abadi.

Advertisement

Dia yang berkongsi pengalaman tersebut di laman instagramnya baru-baru ini menjelaskan foto yang dimuat naik adalah untuk penggambaran drama tanah kubur pada tahun 2013 yang lalu.

“Pengalaman dikafankan sebelum waktunya. Itupun dah terasa seperti malaikat maut datang menjemput pulang ke kampung kekal abadi. Pakaian terakhir ini memang memberi kesan yang mendalam. Jasad kita hanyalah pinjaman dari Allah. Tiada yang kekal abadi. Dunia hanya tempat persinggahan,”

Adam yang sebelum ini memilih agama Islam sebagai agama hidupnya pada tahun 2007 yang lalu kemudian menikahi wanita pilihannya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada tahun 2008. Kini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee yang berumur 2 tahun setelah 10 tahun menanti akan kelahiran cahaya mata.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top