Kongsi Gambar Cincin, Nelydia Senrose Sudah Dilamar Jutawan?

Kongsi Gambar Cincin, Nelydia Senrose Sudah Dilamar Jutawan?

Sebelum ini BeautifulNara pernah menerima kiriman e-mel dari seorang pembaca mengenai kekasih Nelydia Senrose yang dikatakan seorang jutawan muda berusia 30-an.

Tidak menafikan hal itu, Nelydia memberitahu sedang mengenali hati budi jutawan muda tersebut dan menerima jika tertulis jodohnya dengan lelaki itu yang hanya digelar ‘Mr. H.’

Terbaru, melalui akaun Twitter Nelydia telah berkongsi cincin yang tersarung di jari manisnya dengan tulisan:

Advertisement

Hari paling bahagia dalam hidup saya. Impian memang boleh jadi kenyataan.

Seterusnya, Nelydia menulis bahawanya hatinya ‘mekar’seperti bebunga di taman bunga London tersebut.



Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Netizen membuat telahan bahawa Nelydia telah dilamar seseorang dan mengucapkan tahniah kepadanya di Twitter:


Bagaimanapun, Nelydia tidak mengiyakan mahupun menafikan telahan Netizen itu.

Nelydia dan Mr. H telah berkenalan sejak beberapa bulan lalu. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...