Kongsi Foto Mesra Bersama Di Bali, Dayana Roza & Jorge Lorenzo Bercinta?

Hiburan

Kongsi Foto Mesra Bersama Di Bali, Dayana Roza & Jorge Lorenzo Bercinta?

Siapa yang tidak kenal dengan legenda MotoGP, Jorge Lorenzo. Baru-baru ini beliau telah mengumumkan persaraannya dari dunia MotoGP selepas dilihat kurang berjaya dan menyerlah pada perlumbaan musim ini. Difahamkan, beliau mengambil peluang untuk berehat seketika sebelum menceburi bidang lain pada masa akan datang.

dayana roza jorge lorenzo

Advertisement

Tebaru, Lorenzo kini sedang bercuti di Bali dan apa yang mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik foto mesra bersama pelakon Dayana Roza.

Namun, ini bukan kali pertama mereka bertemu dan sebenarnya Dayana dan Lorenzo sudah lama mengenali antara satu sama lain. Beberapa minggu lalu, Dayana turut memuat naik foto bersama Lorenzo dengan ucapan selamat maju jaya selepas Lorenzo mengumumkan persaraan daripada kejohanan MotoGP.

dayana roza jorge lorenzo bercintadayana roza jorge lorenzodayana roza jorge lorenzodayana roza jorge lorenzoRakan artis dan netizen turut memberikan komen pada foto berkenaan. Siapa sangka Dayana dan Lorenzo mempunyai hubungan yang agak rapat.

jorge lorenzo nikita mirzaniTidak pasti sejauh mana hubungan mereka, bercinta ataupun tidak. Terdahulu, Lorenzo didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Indonesia, Nikita Mirzani. Aktres itu pernah memuat naik fotonya mencium pipi Lorenzo dan ia menjadi bualan hangat di media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...