Kongsi Foto Baby Bump Semakin Besar : Nora Danish Tidak Kisah Berat Badan Naik

Hiburan

Kongsi Foto Baby Bump Semakin Besar : Nora Danish Tidak Kisah Berat Badan Naik

Pelakon Nora Danish semalam menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto baby bump beliau yang semakin besar. Nora memberitahu pengalaman mengandung kali kedua ini berbeza sekali dengan yang sebelum ini.

Advertisement

Nora sukar untuk mengawal selera makannya dan disebabkan itu berat badannya telah naik sebanyak 10 kilogram sejak hamil. Mungkin ada sesetengah artis yang kurang gemar badan kelihatan berisi, tetapi Nora pula gembira dengan keadaan badannya itu asalkan anaknya didalam kandungan sihat.

17 weeks to go. Definitely a different experience than the first one. Ney Ney is so active , Ney Ney would wake me up in the middle of the night when Ney is hungry. So it’s hard for me to control my food sometimes. I gained 10kgs from this pregnancy ( for now ) . As long as my baby is healthy , mommy is more than happy to carry these weights. Because Ney moves a lot all the time,It feels like Ney is dancing inside me. Hehe.  #nenojr

Meskipun bakal bersalin pada bulan Mac tahun depan, Nora dan suaminya, Nedim Nazri belum lagi mendedahkan jantina anak mereka.  Ini merupakan anak sulung Nora dan Nedim bersama.

Sebelum ini, Nora mempunyai seorang anak lelaki Putra Rayqal yang kini sudah berusia 8 tahun  bersama bekas suaminya Jejai.  Nedim juga merupakan bapa kepada seorang anak lelaki, iaitu Nedrin yang berumur 5 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber Berita : Instagram Nora Danish

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...