Kongsi Bacaan Hafazan Di IG, Zizi Kirana Harap Alunan Tarannum Dapat Beri Ketenangan

Hiburan

Kongsi Bacaan Hafazan Di IG, Zizi Kirana Harap Alunan Tarannum Dapat Beri Ketenangan

Penyanyi rap, Zizi Kirana menzahirkan harapan agar alunan taranum rast dan sikah dari surah Al-Khauthar yang dikongsikan di Instagram dapat sedikit sebanyak memberi ketenangan jiwa kepada peminat di luar sana yang berdepan dugaan wabak COVID-19 kala ini.

Zizi Kirana
3 years ago

Dah Buang Baju Seksi, Zizi Kirana Enggan Derma Takut Galakkan Orang Buat Dosa

Advertisement

Meskipun ramai yang mengakui kelunakan suara penyanyi itu bertarannum, namun ujar Zizi, dia mengakui masih belum layak menerima sebarang penghargaan dan menganggap dirinya masih dalam proses pembelajaran.

View this post on Instagram

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Kata Zizi, dia memang suka belajar tarannum dan kegemarannya adalah soba dan hijaz.

“Saya percaya dalam keadaan ‘lockdown; sekarang ini ramai yang mungkin tertekan, jadi saya buat bacaan sebegitu supaya dapat menyejukkan atau tenangkan hati mereka. Lebih-lebih lagi surah al-Kauthar ini berkaitan mendapatkan ketenangan jiwa.”

Penyanyi lagu EH! ini turut menjelaskan bahawa dia turut berguru dengan beberapa ustaz dan ustazah dalam mempelajari mengenai bacaan Al-Quran yang betul.

View this post on Instagram

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

 Antara ustaz selebriti yang menjadi rujukan Zizi adalah seperti Ustaz Fakhrul UNIC, Ustazah Farhatul dan Ustazah Asni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...