Komen Nakal Di Akaun Instagram Fasha Sandha, Aliff Syukri Dikritik

Komen Nakal Di Akaun Instagram Fasha Sandha, Aliff Syukri Dikritik

Sejak kebelakangan ini, Fasha Sandha dilihat kelihatan semakin cantik dan bergaya serta kelihatan muda remaja. Justeru, ramai memuji penampilannya terutama di ruangan komen Instagramnya.

Advertisement

Ramai mengatakan mungkin ianya seri orang sedang hangat bercinta, Maklumlah, kini Fasha dikatakan sedang rapat dengan pelakon kacak Aidil Aziz.

Baru-baru ini, Fasha telah memuat naik satu gambar sewaktu sedang bekerja. Ramai selebriti turut meninggalkan komen di gambar tersebut memuji kecantikan Fasha. Antara yang meninggalkan komen ialah teman lelaki Fasha, Aidil Aziz, Janna Nick, Ramona Zamzam, Uqasha Senrose dan Nina Iskandar.

Turut meninggalkan komen ialah Datuk Seri Aliff Syukri yang jika diperhalusi, komennya agak nakal.

Namun begitu ternyata komen itu tidak disukai Netizen yang menganggap Aliff tidak menghormati Fasha serta mencemarkan maruah isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Namun Aliff tidak memberikan sebarang reaksi berhubung komen tersebut malah tidak memadamnya.

Untuk makluman, Fasha dan Aliff pernah berlakon bersama dalam filem Badang yang ditayangkan di pawagam tidak lama dulu. – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...