Komen Erin Malek, Bukan Gambar Bogel Pun!

Hiburan

Komen Erin Malek, Bukan Gambar Bogel Pun!

Baru-baru ini, salah seorang pelakon remaja yang dikenali iaitu Erin Malek telah muat naik satu gambar yang mendedahkan bahunya ke laman Instagram. Kapsyen gambar ditulis sebagai,

selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid.

Kerana gambar itu, Erin telah dikritik hebat di Instagram dan di beberapa forum. Sinar Harian Online telah menghubungi Erin berkenaan gambar itu:-

Gambar itu saya tujukan untuk semua.

Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula.

Erin menambah yang dia hairan kenapa gambarnya itu mendapat kritikan sedangkan ada selebriti lain yang muat naik gambar yang lebih teruk.

Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘it’s not fair’.

Erin juga mendakwa tidak pernah membaca kritikan yang didapatinya tentang gambar tersebut:-

Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus.

Dan mungkin juga sudah serik, Erin menyatakan:

Saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya.

Advertisement

Erin sebelum ini juga pernah dikritik kerana mengakui bertindik lidah dan bertatu. Buat yang masih belum lihat, inilah gambar yang dimuat naik oleh Erin.
Mungkin ada perkara yang tidak perlu dikongsikan bersama orang ramai?  Mungkin juga keputusan untuk tidak muat naik apa-apa gambar ke Instagram satu keputusan yang baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...