“Kita Semua Sama, Cuma Berbeza Naluri” – Mahu Golongan LGB* Diterima Di Malaysia, Lelaki Teruk Dikecam

Gaya Hidup

“Kita Semua Sama, Cuma Berbeza Naluri” – Mahu Golongan LGB* Diterima Di Malaysia, Lelaki Teruk Dikecam

Seperti yang kita lihat di media sosial sekarang ini, semakin lama golongan LGBT dilihat semakin lantang dalam berkata-kata jika ia membabitkan hal mereka.

Apatah lagi, drama dan filem antarabangsa kini semakin mendedahkan babak atau ideologi golongan sebegitu membuatkan mereka rasa yakin untuk tampil bersuara.

Advertisement

Hatta Dolmat
3 years ago

"Salah Tetap Salah.." Hatta Dolmat Beri Pesanan Agar Golongan LGBT Tidak Lantang Beri Pendapat Isu Sensitif

Terbaru, satu rakaman tular di Twitter dan TikTok mempamerkan seorang lelaki tampil berani menyuarakan tentang nasib golongan ini selain itu menyatakan harapan dan impiannya untuk kelompok berkenaan.

Berdasarkan video itu, lelaki tersebut membuat dakwaan bahawa golongan LGBT dilayan dengan kasar dan mendapat jolokan ‘confirm ahli neraka’ daripada saudara sesama Islam.

Tambahnya lagi, dia berharap agar Malaysia mengiktiraf golongan itu supaya mereka diterima oleh masyarakat dan yakin bahawa negara kita akan menjadi lebih aman.

Kami berharap Malaysia boleh menjadi negara yang boleh menerima golongan LGBT. Kita semua manusia, kita semua sama, cuma berbeza naluri.”

Rakaman itu mengundang pelbagai respon daripada netizen di media sosial di mana ramai yang bertanya hak apa lagi yang golongan ini mahukan.

Malah, ada yang berkata bahawa mereka menerima seseorang itu sebagai individu namun tindakan LGBT sama sekali tidak disokong dan ditolak habis-habisan.

Bukan itu sahaja, rata-ratanya mengkritik kerana golongan ini menidakkan hukum agama selain mengimpikan satu perkara yang mustahil. Seorang netizen berkata,

Dorang bukan tertindas pun. Boleh je kerja, beli rumah, sambung belajar. Overnya.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...