“Kita Dah Meluat Nak Layan”- ‘Orang Ketiga’ Anggap Puteri Sarah Hanya Nak Perhatian, Kata Nak Saman Tapi Tak Buat Pun?

Hiburan

“Kita Dah Meluat Nak Layan”- ‘Orang Ketiga’ Anggap Puteri Sarah Hanya Nak Perhatian, Kata Nak Saman Tapi Tak Buat Pun?

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana sejak kebelakangan ini menjadi bahan bualan netizen berikutan kisah pergolakan rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusoff dan juga orang ketiga yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar.

Masih lagi berterusan dan diperkatakan, baru-baru ini Puteri Sarah ada memuat naik tangkap layar satu mesej perbualan daripada seorang pengguna media sosial di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Mesej itu difahamkan perbualan ‘orang ketiga’ tersebut bersama seorang netizen yang bercerita mengenai kisah pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dengan Syamsul Yusoff.

Dalam mesej tersebut, wanita itu meluahkan rasa jengkel dengan ‘drama’ yang dibawa Puteri Sarah dan turut mempersoalkan tindak-tinduk pelakon itu.

Puteri Sarah LiyanaSumber : Murai.my  

Kau pergi bagitahu dia, aku tak takut dengan dia. Suruh peguam dia cepat sikit buat kerja ok. Kita orang dah meluat nak layan drama saman dia, dah bertahun-tahun dah dia sembang tapi tak buat-buat juga.

Kata wanita itu lagi, Puteri Sarah sebenarnya terdesak inginkan perhatian netizen dan juga peminat.

Enggan berdiam diri, Puteri Sarah tampil memberi respon dan menganggap mesej itu sangat lucu.

Kata ibu kepada dua anak itu, dia tidak bertindak untuk saman kerana kasihankan bapa wanita terbabit dan enggan membesarkan hal itu di media sosial.

“Nak perhatian orang itu anda, bukan saya. Tak baik maki hamun, dah macam Amber Heard pula tengok dia ni.” tulis Puteri Sarah lagi.

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof
3 years ago

Nama Anak Pelakon Kazar Dikaitkan Dengan Isu Rumah Tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah 'Tutup' Cerita Lama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...