“Kita Cuba Bantu Mereka..” – Siti Nordiana Menyokong Kempen Bendera Putih

Hiburan

“Kita Cuba Bantu Mereka..” – Siti Nordiana Menyokong Kempen Bendera Putih

Sedia maklum, akibat daripada kesukaran hidup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan oleh kerajaan, insiatif kempen bendera putih telah dijalankan bagi membantu segelintir masyarakat yang terjejas ketika ini.

Siti Nordiana
3 years ago

Hampir 60 Peratus Pendapatan Terjejas Ketika PKP, Siti Nordiana Pakai Duit Tabung Simpanan Tampung Kehidupan

Advertisement

Penyanyi, Siti Nordiana turut menyokong kempen bendera putih ini kerana baginya ia merupakan satu usaha murni bagi membantu masyarakat yang berasa segan untuk mendapat bantuan.

Memang ramai sekarang tertekan dan saya rasa kempen bendera putih merupakan satu usaha dan ikhtiar untuk meneruskan kehidupan sebab kita tahu ada yang segan nak cakap mereka dalam kesusahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Dalam pada masa yang sama juga, penyanyi lagu Sebenarnya itu turut berkata dia mempunyai Skuad Prihatin Siti Nordiana dimana ia dijalankan bersama ahli kelab peminatnya untuk menolong pihak-pihak yang terkesan sepanjang tempoh ini.

Kalau kita tahu mana-mana kawan kita yang dalam kesusahan, kita cuba bantu mereka.

Siti NordianaSumber : Instagram Siti Nordiana  

 

Sekadar makluman, kempen bendera putih ini merupakan satu usaha yang dijalankan oleh rakyat untuk memberi sumbangan kepada isi rumah yang telah terputus sumber makanan dan juga barangan harian sepanjang tempoh PKP.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...